ESPNWorld Series champs, at last! Milwaukee Brewers barrel their way to the topESPN Deportes¡Brewers campeón! conquistó su primer título de Serie Mundial한겨레[속보] 특검, 윤석열 ‘내란 우두머리’ 항소심서 사형 구형InquirerMarcos inaugurates NLEX link cutting travel time to 5 minutesDaily MaverickBOOK EXCERPT: Sandstone Estates – where steam locomotives bring SA railway history to lifeUOLEmpresas que praticarem assédio eleitoral podem perder acesso a créditoGIGAZINE部屋は多少散らかっている方が家庭にとってよいという研究結果ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGlobal NewsOilers snap skid with 4-0 win over FlamesThe Sydney Morning HeraldThieves swipe $20,000 worth of beef from Melbourne steakhouseThe Hollywood ReporterSouth Carolina Police Close Hayden Panettiere Death InvestigationRai NewsSpagna, scontro tra treni: precipitano vagoni, almeno 68 morti. Tre italiane disperse
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 29, 2026

ATM bakal henti jual bir bebas cukai di Pernama

Translate

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk menghentikan penjualan bir bebas cukai di premis yang dikendalikan cabang perdagangannya, Pernama, sekali gus menamatkan amalan yang berlangsung selama lebih enam dekad.

Seorang pengurus di premis Pernama, yang enggan namanya didedahkan, berkata pengendali premis baru-baru ini menerima arahan daripada pejabat panglima ATM supaya menghentikan penjualan sebaik sahaja stok sedia ada habis.

Tiada alasan diberikan berhubung keputusan itu.

Menurut pengurus berkenaan, Pernama, yang mempunyai kira-kira 80 premis di seluruh negara, turut diarahkan supaya tidak membuat pesanan baharu, yang lazimnya dilakukan setiap enam bulan.

Pengurus itu berkata stok semasa dijangka habis menjelang akhir tahun ini.

Di bawah peraturan semasa, anggota tentera dan veteran bukan Islam boleh membeli sehingga dua kotak bir setiap bulan daripada Pernama, dengan setiap kotak mengandungi 48 tin atau botol.

Seorang bekas anggota tentera, yang enggan dikenali berkata harga bir yang dibeli daripada Pernama lazimnya kira-kira 60% lebih murah berbanding di premis runcit biasa.

Pernama dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertahanan.

Selain produk alkohol, premis itu turut menjual peralatan elektrik bebas cukai, dengan setiap anggota tentera layak membeli satu barangan elektrik sepanjang tempoh perkhidmatan.

Ketika dihubungi, jurucakap Pernama mengesahkan bahawa arahan itu dikeluarkan kepada semua premisnya.

“Berhubung alasan di sebalik arahan itu, kami akan mendapatkan penjelasan daripada pejabat perhubungan awam ATM,” kata jurucakap itu kepada FMT.

Jurucakap itu berkata Pernama ditugaskan untuk memastikan anggota tentera dan penerima manfaat yang layak menikmati keistimewaan mereka ‘selaras dengan semua arahan dan dasar yang berkaitan’.

Bekas anggota tentera itu berkata beliau dan ramai rakan seperjuangannya kecewa dengan arahan yang dikeluarkan secara tiba-tiba itu.

Katanya, kemudahan bebas cukai berkenaan adalah beberapa keistimewaan yang masih mereka nikmati selepas bertahun-tahun berkhidmat kepada negara.

“Kebanyakan kami hanya minum sekali-sekala dan menikmati minuman dalam kuantiti yang sedikit. Saya sudah berusia 75 tahun dan kesihatan saya baik kerana saya tidak menyalahgunakan alkohol.

“Kementerian Pertahanan mesti menjelaskan keputusan itu,” katanya ketika dihubungi.

FMT menghubungi Kementerian Pertahanan untuk mendapatkan komen.

Awal bulan ini, New Straits Times melaporkan bahawa anggota tentera dan veteran boleh membeli barangan keperluan pada harga diskaun sepanjang tahun di bawah inisiatif baharu Kementerian Pertahanan menerusi Pernama.

Di bawah program itu, mereka layak menikmati diskaun sehingga 30% bagi 308 barangan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.