ESPN DeportesDream y Valkyries pelean al tú por tú título en último cuartoESPNWNBA Finals Game 7 live updates, analysis and highlightsPunchDEZNY’s journey from school performances to AMVCAThe Jerusalem PostTrump speaks with Netanyahu shortly after discussing military operations with senior commandersCNN TürkÇorum'da 1 kişinin öldüğü, 2 kişinin yaralandığı kavgayla ilgili 2 şüpheli tutuklandı한겨레정점식, 이 대통령 “링거·코피” 발언에 “잠 안 자고 SNS해서 그런 것 아닌가”InquirerPalawan cops seize P1.6M worth of illegally traded cigarettesSCMP ChinaRussia surpasses France in African youth appeal, still trails China: surveySouth China Morning PostSouth Korea’s latest chart sensation has a secret: the singer isn’t humanUOLTrump diz não ter planos de encontrar Flávio Bolsonaro, mas que ele pode ficar quanto quiser nos EUAZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문줄어든 니트, 되살릴 수 있을까…소재별 복원법
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 1, 2026

Kementerian Perpaduan pacu aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan

Translate

Kementerian Perpaduan Negara mempergiat program galakan membaca sepanjang tahun bagi mencapai aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pembaca menjelang 2030.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata seramai 422,994 peserta memeriahkan 146 program yang dianjurkan tahun lalu, berbanding 234,158 peserta pada 2024 dan 112,408 peserta pada 2023.

Beliau menyenaraikan beberapa inisiatif yang diteruskan pada tahun ini, seperti program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit, Karnival Citra Penulis 2026, Wacana Bahasa Warisan 2026, Minggu Literasi Media dan Maklumat, Program Sentuhan Komuniti Bestari dan Kembara Ilmu.

Katanya, peningkatan peserta sejak beberapa tahun lalu itu mencerminkan perkembangan positif dalam usaha kementerian memperluas budaya membaca dan mendekatkan masyarakat kepada ilmu.

Aaron berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian Karnival Membaca Perdana dan Pesta Buku Melaka 2026 di Melaka, hari ini. Majlis turut disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka Ali Rustam, dan dihadiri Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Aaron Ago Dagang, Dzulkefley Ahmad

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Ali Rustam (tengah) serta Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang (tiga dari kanan) dan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad (dua dari kiri) bergambar bersama pengunjung karnival.

Karnival anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) ini berlangsung selama empat hari bermula 29 Okt hingga 1 Nov. Ia menyasarkan kehadiran kira-kira 35,000 pengunjung.

Sepanjang karnival berlangsung, PNM turut menganjurkan Pertandingan Ruang Bacaan Keluarga Peringkat Kebangsaan 2026 yang menerima 336 penyertaan dari seluruh negara. Program Penarafan Bintang Perpustakaan Khusus Guna Sama (PKG) turut mendapat sambutan dengan penyertaan 84 perpustakaan.

Selain pameran dan jualan buku, karnival itu menampilkan pelbagai aktiviti termasuk Bicara Inspirasi, Bengkel Penulisan Kreatif dan Jejak Cop Literasi.

Menurut Aaron, karnival ini menarik penyertaan masyarakat dalam aktiviti membaca menggunakan pendekatan yang lebih inklusif dan santai.

Kelebihan buku yang tersendiri

Pengunjung yang ditemui berpandangan buku memiliki kelebihan tersendiri berbanding telefon pintar. Seorang guru tabika, Suhaida Afindi, 30, berkata aktiviti membaca melibatkan ibu bapa dan anak-anak membuka ruang komunikasi yang lebih erat, sambil membantu perkembangan bahasa dan imaginasi kanak-kanak.

Suhaida Afindi.

Tegasnya, buku fizikal masih penting dalam memupuk minat membaca kanak-kanak dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak.

“Sekarang ini, banyak perkataan yang kurang baik digunakan oleh kanak-kanak. Jadi, melalui pembacaan dan komunikasi bersama ibu bapa, mereka boleh mempelajari penggunaan perkataan yang lebih baik,” katanya.

Ahmad Syahir Hakim Zulkifli.

Ahmad Syahir Hakim Zulkifli, 36, berpendapat buku fizikal membolehkan seseorang lebih fokus kepada pembacaan. “Kalau membaca secara dalam talian, kadangkala perhatian terganggu dengan media sosial atau aplikasi lain,” katanya.

Bagi sekumpulan pelajar sekolah menengah pula, minat membaca menjadi sebahagian daripada kehidupan dengan bahan bacaan yang pelbagai.

Muhammad Zharif Naufal Salehuddin, 14, yang minat membaca sejak berusia enam tahun, mampu menghabiskan sehingga dua buku sehari bergantung pada kelapangan masa.

Muhammad Zharif Naufal Salehuddin.

Katanya, bahan bacaan menambah pengetahuan dan membantu meluaskan pemikiran dan meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu perkara.

Muhammad Darwish Aqasha Abdullah, 13, pula berkata pembaca perlu lebih berhati-hati apabila membaca di media sosial, dengan menyemak kesahihan fakta bagi mengelakkan penyebaran berita palsu.

Muhammad Darwish Aqasha Abdullah.

“Perkara ini sangat berbahaya kerana saya takut generasi akan datang menganggap maklumat yang tidak benar sebagai fakta sehingga mereka tidak lagi dapat membezakan perkara yang betul atau palsu,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.