Poland berkabung 2 hari selepas 6 maut ditembak

Presiden Poland, Karol Nawrocki mengisytiharkan tempoh berkabung dua hari di seluruh negara susulan insiden tembakan di Krakow yang mengorbankan enam nyawa dan mencederakan ramai lagi, lapor Anadolu Ajansi.
“Presiden telah menandatangani dekri bagi mengisytiharkan tempoh berkabung di seluruh Poland pada 8 dan 9 Nov,” kata jurucakap presiden dalam kenyataan.
Seorang lelaki bersenjata yang dipercayai dipengaruhi ideologi ekstrem berhaluan kanan membunuh enam orang, termasuk seorang warga Britain, dan mencederakan ramai lagi dalam serangan di pusat bandar kedua terbesar Poland.
Menurut polis, penyerang memandu kenderaannya ke Dataran Pasar Utama di Krakow pada petang Sabtu, sebelum melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai.
Tempoh berkabung bermula tengah malam, dengan bendera kebangsaan dikibarkan separuh tiang.
Beberapa laman sesawang turut menambah reben hitam pada logo masing-masing dan menggunakan tema warna lebih suram, manakala stesen radio serta televisyen menyesuaikan jadual siaran mereka.
Acara hiburan turut dibatalkan sebagai tanda penghormatan kepada mangsa.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.