CNN TürkKağıthane’de park halindeki otomobil alev alev yandıRTP DesportoJorge Jesus e Bruno Fernandes apelam à uniãoDaily MaverickSouth Africans in America — from the All Blacks to the All WhitesPunchNYSC kidnap: Osun NURTW decries insecurity on highwaysThe Jerusalem PostAs Netanyahu weighs his next coalition, Ofer Winter emerges as a key right-wing spoiler - analysisInquirerSablayan tightens ban on live pig entry amid ASF threat20 MinutenStreit um Jesuskind-Schüsse beendet – Ameti schiesst gegen KlägerColliderRebecca Ferguson's Ambitious Stephen King Sequel Officially Haunts Paramount+النهارالعراق... قتلى وجرحى جراء انفجار عبوة من مخلفات داعش في نينوىESPN CricinfoAvishka Fernando recalled to Sri Lanka's ODI side for tri-series in PakistanZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioDaily MailGlastonbury tickets sell out in just 42 minutes as hundreds of thousands rush to get their spot at next year's festival
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, October 4, 2026

Penceramah motivasi lagi sekali ditahan susulan laporan baharu

Translate

Penceramah motivasi bebas sekali lagi ditahan susulan laporan terbaharu dibuat remaja perempuan 19 tahun, semalam.

Ketua Polis Perlis Hamzah Hashim, berkata suspek kembali ditahan semula hari ini sejurus tempoh reman siasatan terdahulu tamat.

“Suspek diberikan jaminan polis petang ini selepas selesai prosedur reman pertama berkenaan. Namun, tindakan tangkapan semula segera dilakukan oleh Pasukan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kangar bagi tindakan selanjutnya,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, kes terbaharu itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar esok bagi permohonan perintah reman baharu untuk membantu siasatan.

Sebelum ini, penceramah tersebut disiasat berkait dakwaan gangguan seksual terhadap mangsa bawah umur.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.