CNN TürkHava Durumu (06-11-2026)PunchSMEDAN unveils N100m fund for 100 entrepreneursBollywood HungamaVijay Sethupathi to become FIRST Indian actor to present at 54th International Emmy Awards in New York: Report한겨레[Interview] When the world looked away from atrocities in Sudan, two journalists listened to survivorsInquirer EntertainmentBaby Doll Juby says backlash on Donny Pangilinan dream a ‘learning experience’South China Morning PostEU’s Southeast Asia push hits funding crunch as China widens leadZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFScreen RantSteam Officially Drops 4 Free 10/10 Gamesגיקטייםאיפה הכסף? אנת'רופיק מחברת את קלוד לחשבון הבנק שלכםDW EnglishUS judge temporarily blocks Trump's arch project after panel approvalBusiness AMRusland vergroot bereik van Iskander-M-raketten tot 700 kilometerCumhuriyetTV yayın akışı 6 Kasım Cuma! Bugün hangi kanalda ne var?
The Daily Newsstand · Free, Always
Friday, November 6, 2026

Nile Tech tiada akses data pengguna MyJPJ, kata MOT

Translate

Nile Tech Sdn Bhd tidak diberikan akses kepada pangkalan data aplikasi MyJPJ selain tiada maklumat profil pengguna dihantar secara automatik kepada syarikat itu menerusi pautan pembaharuan insurans dalam aplikasi itu.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam jawapan bertulis memaklumkan perkhidmatan pembaharuan insurans yang dipaparkan dalam MyJPJ hanya berbentuk pautan yang membawa pengguna ke portal Nile Tech untuk melengkapkan urusan dan transaksi.

“Apabila pautan tersebut dipilih, pengguna akan dibawa keluar daripada aplikasi MyJPJ ke portal Nile Tech. Semua urusan dan transaksi pembaharuan insurans dilaksanakan di portal itu.

“Sekiranya pengguna memilih untuk meneruskan urusan di portal Nile Tech, maklumat yang dimasukkan pengguna tertakluk kepada terma, syarat dan dasar privasi portal itu,” menurut MOT bagi menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai langkah perlindungan bagi memastikan data peribadi pengguna tidak diakses oleh pihak ketiga.

Kementerian itu memaklumkan Nile Tech dilantik sebagai penyedia platform bagi menawarkan saluran alternatif untuk pembaharuan insurans kenderaan kepada pengguna MyJPJ bagi memudahkan urusan pengguna secara dalam talian dan mengurangkan keperluan berurusan di kaunter fizikal.

“Pelantikan ini dilaksanakan melalui proses ditetapkan MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

“Syarikat tidak diberikan hak eksklusif untuk menyediakan perkhidmatan tersebut dan pelaksanaannya tidak melibatkan kos kepada kerajaan,” menurut kementerian itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.