ESPN DeportesAsí vivimos remontada de Rays en J4 de Serie Mundial para seguir con vidaInquirerDizon hands Lopez ‘next’ DPWH corruption casesThe Jerusalem PostAfter years of war, division, Israelis vote in record numbers to shape their future - editorialESPNAyesha Curry to appear in 'Second Chance Holiday,' holiday rom-com on RokuDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Al Wat Ek Weet — a local film’s heartfelt message about adolescent mental health한겨레일 기업, ‘협박 해커’에 현상금 100만달러…“비열한 범죄에 굴복없다”Capital FMSafaricom confirms nationwide M-Pesa outageZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFCNN TürkFenerbahçe'den İsmail Kartal'ın ayrılığı sonrası Dirk Kuyt kararıUOLDiferença entre os blocos diminui à medida que votos são apurados em IsraelSouth China Morning PostWhy Hong Kong developer CK Asset sold a mall at an ‘exceptionally cheap’ priceSCMP ChinaEU plans high-level China currency talks as fears of new trade shock mount
The Daily Newsstand · Free, Always
Wednesday, October 28, 2026

RM409 juta dibeku, disita berkait siasatan ‘mafia korporat’, kata Saifuddin

Translate

Polis merampas aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan ‘mafia korporat’ melibatkan penyalahgunaan kuasa menekan ahli perniagaan menjual saham syarikat pada harga di bawah pasaran.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata 70 akaun dagangan saham bernilai RM323.59 juta dan 404 akaun bank berjumlah RM85.62 juta dibeku atau disita sebagai sebahagian siasatan.

Saifuddin berkata, polis turut membekukan atau menyita lapan hartanah, 11 kenderaan, dan 417 akaun sistem depositori pusat (CDS).

Pihak berkuasa juga telah merakam kenyataan 70 individu dan menahan beberapa individu berhubung siasatan tersebut.

“Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenal pasti terlibat atau dipanggil untuk membantu siasatan jenayah korporat,” katanya.

Beliau menjawab menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai skop dan status siasatan polis terhadap dakwaan ‘mafia korporat’, termasuk pembabitan pegawai SPRM atau agensi penguatkuasaan lain serta dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Awal tahun ini, laporan Bloomberg mendakwa pegawai ada pegawai SPRM menjadi sebahagian ‘mafia korporat’ yang menyediakan ‘perkhidmatan’ berbentuk gertakan seperti serbuan dan siasatan bagi menekan eksekutif menjual saham dalam syarikat sasaran.

Ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Azam Baki, menepis laporan berkenaan.

Pada 20 Okt, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata satu pasukan petugas khas pelbagai agensi diketuai Peguam Negara Dusuki Mokhtar ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan itu.

Anwar berkata, pasukan petugas itu melibatkan SPRM, polis, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan unit penguatkuasaan antipembersihan wang haram, dengan dapatannya akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.