Pemain industri gesa perjelas aturan kargo K8

Pemain industri menggesa pihak berkuasa menjelaskan sama ada kargo petroleum di bawah prosedur Kastam K8 boleh dicampur dengan inventori sedia ada dalam tangki simpanan darat.
R Jeyenderan berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan tatacara, syarat dan dokumentasi berkaitan pencampuran kargo K8 jelas kepada pihak industri.
Katanya, Kastam perlu menjelaskan sama ada pencampuran atau pengisaran kargo K8 dengan petroleum sedia ada dibenarkan serta syarat yang perlu dipatuhi jika ia dibenarkan.
“Jika pencampuran atau pengisaran dibenarkan, perlu dinyatakan dengan jelas asas, syarat dan dokumentasi diperlukan.
“Jika tidak dibenarkan, industri juga perlu dimaklumkan mengenai prosedur yang perlu dipatuhi,” katanya dalam kenyataan.
Jeyenderan berkata, isu utama ialah bagaimana kargo dapat dikesan selepas dimasukkan ke dalam tangki yang turut mengandungi inventori sedia ada.
Katanya, rekod berkaitan jumlah kargo dimasukkan, inventori sedia ada, pergerakan produk, keputusan makmal serta jumlah yang dikeluarkan atau dipindahkan perlu tersedia untuk semakan.
“Gesaan ini bukan dakwaan bahawa berlaku pencampuran secara tidak sah, sebaliknya sebarang penentuan perlu dibuat berdasarkan rekod dan bukti berkaitan,” katanya.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.