12 maut bas bertembung lori di Chile

Sekurang-kurangnya 12 maut, manakala 15 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang bertembung sebuah lori pengangkut tanah di wilayah Valparaiso, tengah Chile pada Sabtu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Nahas berlaku di Lebuhraya Ruta de la Fruta di kawasan perbandaran Santo Domingo, barat ibu negara Santiago.
Wakil Presiden bagi wilayah Valparaiso, Manuel Millones, mengesahkan jumlah kematian itu berdasarkan maklumat polis.
Komander Jabatan Bomba Santo Domingo, Cesar Carreno, berkata kira-kira 50 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.