ESPN DeportesChivas y Pachuca reparten puntos tras un duelo cerrado en HidalgoESPNSources: Cowboys trade for Steelers OT JonesInquirerJenny Barzaga bags Dasmariñas congressional seat after son’s expulsionPunchOyo varsity accreditation: Parents seek help from FG한겨레100여년 전 학생독립운동 불 지핀 댕기머리사건…현대무용 재해석20 MinutenSchweizer wollen mehr Klimaanlagen – und HitzefreiScreen RantHow Carter's Growth Spurt Changed His Yellowstone Season 5 Storyline경향신문중국 ‘완전무인 로보택시’ 서울 주행 추진…제임스 펑 포니AI 회장 “200대 투입은 첫 단계일 뿐”NTVSon dakika deprem mi oldu? Az önce deprem nerede oldu? İstanbul, Ankara, İzmir ve il il AFAD son depremler 30 Ağustos 2026Rappler[Tambay] Kaya ba ng mga kooperatiba na maghalal ng senador?CBS NewsA wife is accused of her husband's murder. Can she clear her name?New Straits TimesNga: Every effort under way to locate two 'red heroes' in Nepal
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 30, 2026

Pelumba Cub Prix Farres Putra maut selepas kemalangan di Terengganu

Translate

Pelumba Malaysian Cub Prix Farres Putra Mohd Fadhill meninggal dunia selepas terlibat kemalangan ketika perlumbaan akhir CP150 pusingan kelima Kejuaraan Malaysian Cub Prix di Litar Permotoran Terengganu hari ini.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dalam kenyataan memaklumkan kemalangan membabitkan pelumba CKJ Racing itu berlaku di Selekoh 3 pada pusingan pembukaan perlumbaan.

MAM memaklumkan Farres Putra yang menggunakan nombor perlumbaan 33 menerima rawatan perubatan segera di litar sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Walaupun pasukan perubatan berusaha memberikan rawatan, Farres Putra disahkan meninggal dunia di hospital.

“MAM mengambil maklum tindakan pantas pasukan perubatan litar, petugas kecemasan, pegawai perlumbaan dan penganjur acara Penang Motor Sports Club bersama-sama penganjur perlumbaan Safe Aim Mutual Sdn Bhd dalam mengendalikan kemalangan itu,” menurut kenyataan tersebut.

MAM berkata keadaan dan faktor yang melibatkan kemalangan itu akan diteliti mengikut prosedur sukan dan keselamatan yang berkuat kuasa.

Persatuan itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan pasukan CKJ Racing serta komuniti sukan permotoran Malaysia atas pemergian Farres Putra.

“Bagi pihak MAM, kami merakamkan ucapan simpati yang mendalam kepada keluarga Farres Putra, rakan sepasukan, sahabat dan semua pihak yang terkesan dengan kehilangan tragis ini,” menurut kenyataan itu.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.