ESPN DeportesBills y Rams no defraudan y regalan un gran MNFThe Jerusalem PostBomb threat called on Boca Raton Jewish preschool, law enforcement evacuates areaESPNFollow live: Guardians score twice in 8th, take lead over Rays in ALCS Game 1InquirerNo remorse: Task Force Disiplina enforcer kills 3 teens; QC vows reforms한겨레프로야구 한화 새 사령탑에 류지현…3년 총액 20억원ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문K-소비재 수출 10년 새 4.2배…미국·유럽 10배 늘 때 중국은 ‘정체’Anime News NetworkHappy Sports Day From Around the Anime World, Part IILa NaciónUna arquitecta reformó su PH en Coghlan e hizo de los techos y el patio el centro del proyectoGIGAZINE筋トレは「体重が減る前」から脂肪細胞を縮小させて健康にメリットをもたらす可能性20 MinutenZinsen für zehnjährige Festhypotheken steigen auf JahreshochNew Straits TimesMalaysia travellers gain new gateways to Europe and Central Asia via Vietjet
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

Majlis Peguam perkenal peraturan baharu elak salah guna wang klien

Translate

Majlis Peguam memperkenalkan peraturan baharu yang mewajibkan dua rakan kongsi dalam firma guaman bertindak sebagai penandatangan cek serta mengurus pengesahan berbilang faktor bagi transaksi dalam talian yang melibatkan akaun anak guam.

Majlis itu berkata peraturan berkenaan, yang akan berkuat kuasa tahun depan, diperkenalkan susulan kebimbangan mengenai bayaran tuntutan insurans yang tinggi akibat salah laku dan ketidakjujuran dalam pengurusan akaun anak guam.

“Trend ini tidak mampan kerana bayaran tuntutan yang besar pasti mengakibatkan peningkatan keseluruhan kerugian dan, dari semasa ke semasa, kenaikan premium bagi semua firma,” menurut pekeliling yang dikeluarkan pada 25 Sept.

Peraturan baharu itu mewajibkan firma guaman yang mempunyai lebih daripada seorang rakan kongsi melantik dua rakan kongsi sebagai penandatangan bagi semua urus niaga, kecuali untuk menghentikan operasi akaun atau membatalkan urus niaga, yang memadai dilakukan oleh seorang sahaja.

Firma yang menggunakan perbankan elektronik juga mesti melaksanakan pengesahan berbilang faktor untuk mengakses akaun anak guam, yang diuruskan oleh rakan kongsi firma berkenaan.

Walaupun banyak firma sudah melaksanakan langkah perlindungan yang serupa, pekeliling itu menyatakan bahawa peraturan baharu berkenaan bertujuan menyeragamkan amalan tersebut tanpa mengenakan beban yang tidak perlu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.