ESPN DeportesBills y Rams no defraudan y regalan un gran MNFThe Jerusalem PostBomb threat called on Boca Raton Jewish preschool, law enforcement evacuates areaESPNFollow live: Guardians score twice in 8th, take lead over Rays in ALCS Game 1InquirerNo remorse: Task Force Disiplina enforcer kills 3 teens; QC vows reforms한겨레프로야구 한화 새 사령탑에 류지현…3년 총액 20억원ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문K-소비재 수출 10년 새 4.2배…미국·유럽 10배 늘 때 중국은 ‘정체’Anime News NetworkHappy Sports Day From Around the Anime World, Part IILa NaciónUna arquitecta reformó su PH en Coghlan e hizo de los techos y el patio el centro del proyectoGIGAZINE筋トレは「体重が減る前」から脂肪細胞を縮小させて健康にメリットをもたらす可能性20 MinutenZinsen für zehnjährige Festhypotheken steigen auf JahreshochNew Straits TimesMalaysia travellers gain new gateways to Europe and Central Asia via Vietjet
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

19 kawasan catat IPU tak sihat, Sabah dan Sarawak kembali terjejas

Translate

Sebanyak 19 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini, dengan Sabah dan Sarawak sekali lagi terjejas akibat keadaan berjerebu.

Setakat 8 pagi, Pasir Gudang di Johor mencatatkan bacaan tertinggi dengan 180, manakala kawasan lain di negeri itu turut terjejas teruk, iaitu Larkin (176), Kota Tinggi (169), Pengerang (166), Batu Pahat (161), Kluang (154), Tangkak (151) dan Segamat (133).

Selepas beberapa hari reda, beberapa kawasan di Malaysia Timur mula mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sekali lagi, iaitu Sri Aman (172), Serian (154) dan Samarahan (129) di Sarawak serta Tawau (154) di Sabah.

Pahang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sebanyak 161 di Balok Baru dan 157 di Rompin, manakala tiga kawasan di Melaka turut melaporkan keadaan serupa, iaitu Bukit Rambai (160), bandar Melaka (160) dan Alor Gajah (151).

Di Negeri Sembilan, bacaan IPU ialah 154 di Seremban dan 146 di Nilai.

Lembah Klang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, walaupun beberapa kawasan menghampiri tahap tidak sihat, iaitu Putrajaya (99), Johan Setia (90) dan Klang (87).

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan lebih 300 dikategorikan bahaya.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.