The Jerusalem PostSyria’s credit card comeback, Damascus International Fair mark return to global economyDaily MaverickSYSTEMS CHANGE: Zaheera Mohamed brings public finance savvy to the fight for ECD systems changeInquirerDPWH Las Piñas-Muntinlupa’s maintenance chief sackedוואלהירקו לעבר מבנה דת בירושלים והשחיתו קברים מוסלמיים בעיר העתיקה - 7 עוכבו לחקירהESPN DeportesNavratilova y Sabatini, invitadas de lujo a la celebración de Federer rumbo al Salón de la FamaESPNTransfer rumors, news: Liverpool in talks to sign Ismaïla SarrCNN TürkGalatasaray'da Yusuf Akçiçek için geri sayımPunchNDLEA intercepts N6.2bn drugs hidden in Ghana soap, opioids at Lagos airport한겨레‘허블보다 100배 큰 눈’ 로먼우주망원경 장도에 올랐다20 MinutenSchüsse am Aarauer Rave: Das ist bisher bekanntPopular ScienceHow NASA’s new Nancy Grace Roman space telescope compares with Hubble and WebbRai NewsTrovato morto in un parcheggio, uomo ucciso a colpi di pistola
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 30, 2026

Perbezaan audit RM4.8 bilion TH perlu jawapan, kata C4

Translate

Sebuah badan pemantau antirasuah menggesa amalan Jabatan Audit Negara disemak semula susulan perbezaan RM4.8 bilion antara dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dan laporan jabatan itu berhubung kedudukan kewangan TH.

Perbezaan itu menimbulkan persoalan sama ada wujud pengurusan kewangan lemah dalam badan berkanun lain yang mungkin tidak dikesan, kata Arief Hamizan, ketua penyelidikan dan advokasi dasar Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Beliau berkata, isu itu menunjukkan salah urus kewangan boleh berlaku tanpa dikesan, walaupun badan berkanun tertakluk kepada amalan perakaunan standard.

“Ia menimbulkan persoalan berapa banyak lagi kes salah urus kewangan dalam badan berkanun lain yang belum didedahkan,” katanya kepada FMT selepas bekas ketua audit negara, Madinah Mohamad mempertahankan audit dijalankan Jabatan Audit Negara terhadap TH.

Madinah yang juga ketua audit negara dari 2017 hingga 2019 berkata, perbandingan secara langsung tidak boleh dibuat antara laporan jabatan itu dan firma audit, PriceWaterhouseCoopers kerana ia ibarat membandingkan ‘epal dan oren’ disebabkan dua penilaian itu dibuat berdasarkan mandat, objektif, skop serta metodologi berbeza.

Tetapi, Arief menggesa amalan audit dan struktur tadbir urus Jabatan Audit Negara disemak segera bagi memastikan auditnya benar-benar mencerminkan kedudukan kewangan badan berkanun.

Beliau turut menggesa pembaharuan institusi dilaksanakan untuk mencegah salah urus kewangan, termasuk larangan pelantikan politik dalam badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan.

RCI mendapati TH menyembunyikan kedudukan kewangan sebenarnya dengan melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017, sedangkan di bawah piawaian perakaunan sewajarnya, ia sepatutnya mencatatkan kerugian bersih RM1.4 bilion, perbezaan hampir RM4.8 bilion.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah memulakan siasatan ke atas dapatan RCI itu. Seorang bekas ketua pegawai eksekutif TH ditahan atas dakwaan penyelewengan membabitkan pelaburan dan saham bernilai kira-kira RM190 juta.

Arief berkata, dapatan bercanggah itu menonjolkan kelemahan peranan Jabatan Audit Negara sebagai institusi pengawasan, khasnya dalam memastikan ketelusan penggunaan dana awam.

Tegasnya, pengawasan lebih kukuh diperlukan bagi mengelakkan badan berkanun disalahgunakan demi kepentingan peribadi atau politik.

Pakar cukai, Veerinderjeet Singh, bagaimanapun berkata perbezaan angka tidak semestinya bermaksud salah satu kaedah perakaunan salah. Cara pengiktirafan aset, liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan bergantung kepada pelbagai faktor, dengan piawaian perakaunan membenarkan kaedah berbeza dalam beberapa keadaan.

“Piawaian perakaunan berkaitan menetapkan kriteria yang perlu diteliti dan mungkin juga membenarkan kaedah berbeza.”

Katanya, pertimbangan profesional diperlukan, tetapi pihak pengurusan perlu memberikan justifikasi terhadap kaedah perakaunan digunakannya apabila penyata kewangan diaudit.

“Pihak pengurusan yang memutuskan kaedah perakaunan dan juruaudit kemudiannya menilai keadah itu untuk menentukan sama ada ia sesuai.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.