The Jerusalem PostTurkey is supporting Iraqi attempts to combat ISIS threats to Kirkuk, other regionsInquirerCivilians surrender guns to military in Tacurong City한겨레교황 최초로 미국 선거 투표한 레오 14세…“미국인으로서 권리 행사 자랑스러워”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFWirtualna PolskaUSA oferują 20 mln USD. Za informacje o irańskim programie nuklearnymVanguardSupreme Court Justices placed on US visa ban – Retiring juristNew Straits TimesMake halal certification compulsory for slaughterhouses, govt told경향신문국민의힘 ‘조작기소 특검법’ 장외투쟁…민주당 “진실규명마저 반대하나”Malay MailNegeri Sembilan MB expects 7,000 visitors at Deepavali Open House on Nov 14Sportstarन्यूजीलैंड बनाम भारत लाइव स्कोर, दूसरा वनडे: टॉस सुबह 8 बजे भारतीय समयानुसार, मैच सुबह 8:30 बजे भारतीय समयानुसार शुरू होगा自由時報蔣萬安掃街大批人馬包圍「洋流」店家挨轟如黑道圍事 他點名市長立委道歉中国新闻网他们的“进博第一天”
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Sempurnakan pelepasan, bawa persoalan ke mahkamah, tegas peguam Najib

Translate

Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan prerogatif pengampunan diraja, dan apa-apa persoalan mengenai perintah mahkamah perlu dibawa ke mahkamah, kata peguam Najib Razak.

Firma guaman Shafee & Co menggesa komisioner penjara menyempurnakan pelepasan anak guam mereka itu untuk menjalani tahanan di rumah tanpa berlengah lagi.

Peguam bekas presiden Umno itu turut berkata, AGC tidak boleh menahan anak guam mereka di Penjara Kajang, menambah bahawa kediaman Najib telah diwartakan hari ini sebagai penjara.

“Memindahkan anak guam kami ke sana tidak mengeluarkan beliau daripada jagaan sah. Ia hanya memindahkan beliau dari satu penjara yang diwartakan ke satu penjara lain yang juga diwartakan,” katanya, menambah pemindahan itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya lagi, setiap syarat yang ditetapkan oleh Agong telah dipenuhi, ‘dan tiada alasan yang sah di sisi undang-undang untuk anak guam kami terus berada di Penjara Karang walau sesaat lagi’.

Terdahulu, AGC berpendapat pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas presiden Umno itu wajar ditangguhkan buat sementara waktu sehingga penelitian dan penjelasan lanjut berhubung interpretasi perintah pengampunan bersyarat serta kesan ‘order of discharge’ diselesaikan.

AGC berkata, pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib wajar ditangguhkan buat sementara waktu kerana timbul persoalan perundangan berhubung interpretasi frasa ‘menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta’, dan kesannya terhadap baki hukuman penjara bagi kes SRC International.

Katanya lagi, persoalan mengenai status baki hukuman penjara bagi kes SRC International turut mempunyai implikasi terhadap pelaksanaan hukuman penjara Najib bagi kes 1MDB, khususnya berhubung perintah mahkamah yang menetapkan bahawa hukuman bagi kes 1MDB hendaklah bermula selepas selesai hukuman penjara bagi kes SRC International.

Bagaimanapun, peguam Najib berkata, ‘dua interpretasi’ yang dibangkitkan oleh AGC berkaitan dengan kesan perintah pengampunan, namun ‘AGC tidak berhak enggan melaksanakan terma yang nyata dalam sesuatu pengampunan diraja sementara AGC masih meneliti pendiriannya’.

Peguam Najib berkata, pihaknya melihat kenyataan AGC itu sebagai suatu tindakan mengetepikan titah Agong, mengatakan ‘tiada apa-apa dalam kenyataan itu yang boleh menjadi asas untuk terus menahan anak guam kami di Penjara Kajang’.

Katanya lagi, rujukan AGC kepada kes 1MDB ‘tidak mengubah apa-apa’, dan kes itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kewajipan AGC untuk melaksanakan perintah pengampunan dalam kes SRC.

Justeru, peguam Najib menggesa peguam negara supaya menarik balik kenyataan AGC dengan serta-merta.

Sementara itu, peguam Najib berkata, peguam negara ialah anggota lembaga pengampunan dan hadir pada mesyuarat 18 Sept yang mempersembahkan nasihat kepada Agong berhubung perintah pengampunan.

“Sekiranya beliau mempunyai apa-apa kebimbangan tentang terma-terma perintah pengampunan, mesyuarat itulah tempat yang sewajarnya untuk membangkitkannya. Sebaliknya, AGC membangkitkannya buat kali pertama hanya selepas denda dibayar,” katanya.

Perkembangan ini menyusuli kenyataan peguam Najib, Farhan Shafee, bahawa Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah tahanan rumah terhadap anak guamnya susulan penyelesaian bayaran denda RM50 juta.

Umno sebelum ini berkata, parti itu telah melunaskan denda yang dikenakan terhadap bekas presidennya itu.

Najib dipenjarakan pada Ogos 2022 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Pada Januari 2024, pengampunan diraja mengurangkan separuh tempoh hukuman penjaranya dan jumlah denda kepada RM50 juta.

Pada September tahun ini, satu lagi pengampunan bersyarat diberikan kepada Najib, yang membolehkan dia menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya Najib menyelesaikan pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.