The Jerusalem PostTurkey is supporting Iraqi attempts to combat ISIS threats to Kirkuk, other regionsInquirerCivilians surrender guns to military in Tacurong City한겨레교황 최초로 미국 선거 투표한 레오 14세…“미국인으로서 권리 행사 자랑스러워”ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFWirtualna PolskaUSA oferują 20 mln USD. Za informacje o irańskim programie nuklearnymVanguardSupreme Court Justices placed on US visa ban – Retiring juristNew Straits TimesMake halal certification compulsory for slaughterhouses, govt told경향신문국민의힘 ‘조작기소 특검법’ 장외투쟁…민주당 “진실규명마저 반대하나”Malay MailNegeri Sembilan MB expects 7,000 visitors at Deepavali Open House on Nov 14Sportstarन्यूजीलैंड बनाम भारत लाइव स्कोर, दूसरा वनडे: टॉस सुबह 8 बजे भारतीय समयानुसार, मैच सुबह 8:30 बजे भारतीय समयानुसार शुरू होगा自由時報蔣萬安掃街大批人馬包圍「洋流」店家挨轟如黑道圍事 他點名市長立委道歉中国新闻网他们的“进博第一天”
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, November 7, 2026

Rumah Najib di Jalan Langgak Duta diisytihar sebagai ‘penjara’

Translate

Kediaman bekas perdana menteri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, diisytiharkan sebagai suatu penjara bagi maksud pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah.

Perisytiharan tersebut dibuat Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537).

Dokumen rasmi itu termaktub dalam Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh hari ini, yang disiarkan menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 3 Akta Penjara 1995 (Akta 537), menteri mengisytiharkan semua bangunan dan kawasan dengan keluasan 4,558.975m persegi di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, 50480 Kuala Lumpur yang terletak di atas Lot 5746, Mukim Kuala Lumpur, Daerah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai suatu penjara bagi maksud akta bagi pemenjaraan atau penahanan orang dalam jagaan sah,” menurut warta itu.

Perisytiharan tersebut berkuat kuasa pada tarikh ia dimeterai, iaitu hari ini.

Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi hari ini.

Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 18 Sept, yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, AGC dalam satu kenyataan memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap bekas perdana menteri itu ditangguhkan sementara sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan berkenaan.

AGC memaklumkan, sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa dan arahan pihak berkuasa yang berkenaan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.