ESPNWorld Series champs, at last! Milwaukee Brewers barrel their way to the topESPN DeportesTítulo de Brewers reafirma igualdad competitiva en siglo XXI한겨레[속보] 특검, 윤석열 ‘내란 우두머리’ 항소심서 사형 구형InquirerMarcos inaugurates NLEX link cutting travel time to 5 minutesDaily MaverickBOOK EXCERPT: Sandstone Estates – where steam locomotives bring SA railway history to lifeUOLEmpresas que praticarem assédio eleitoral podem perder acesso a créditoGIGAZINE部屋は多少散らかっている方が家庭にとってよいという研究結果ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFGlobal NewsOilers snap skid with 4-0 win over FlamesThe Sydney Morning HeraldThieves swipe $20,000 worth of beef from Melbourne steakhouseThe Hollywood ReporterSouth Carolina Police Close Hayden Panettiere Death InvestigationRai NewsSpagna, scontro tra treni: precipitano vagoni, almeno 68 morti. Tre italiane disperse
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 29, 2026

MIPP tak tanding PRN Melaka selepas rundingan dengan PN gagal

Translate

Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) tidak akan menyertai PRN Melaka selepas gagal mencapai persetujuan dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Presiden MIPP, P Punithan, berkata parti itu tidak akan menggadaikan prinsipnya semata-mata untuk mendapatkan kerusi dalam PRN 14 Nov ini.

Tegasnya, perjuangan MIPP adalah mempertahankan kepentingan masyarakat India dengan penuh bermaruah dan prinsip, selain suara serta kepentingan masyarakat itu wajar mendapat pengiktirafan dan diwakili dalam landskap politik negara.

“Kerusi boleh dicari, tetapi maruah perjuangan kita tidak boleh sesekali dikorbankan,” katanya kepada FMT.

“Bagi MIPP, maruah dan prinsip lebih penting daripada mengejar kerusi tidak relevan. Kami tidak akan mengorbankan prinsip demi kepentingan politik semata-mata.

“MIPP bukan parti yang akan berkompromi hanya untuk menjadi calon.”

Punithan berkata, kerjasama berpasukan, sikap saling menghormati serta keterangkuman adalah elemen penting dalam mana-mana gabungan politik, di mana pakatan yang kuat mesti dibina atas dasar kepercayaan dan sedia menghormati kepentingan setiap parti komponen.

MIPP tidak memenangi sebarang kerusi ditandinginya menerusi penampilan sulung parti itu pada PRN Johor tahun ini. Semua lima calonnya hilang wang deposit.

Rabu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi dilaporkan berkata, gabungan itu akan bertanding 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka, manakala PAS dan sekutunya bertanding baki tujuh kerusi.

Pengumuman itu menyusul spekulasi selama berminggu-minggu berhubung kemungkinan BN dan PN membentuk pakatan pada PRN Melaka.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pembahagian kerusi belum dimuktamadkan, tetapi tegasnya kerjasama antara dua gabungan itu akan diteruskan.

Penamaan calon bagi PRN Melaka akan diadakan Sabtu ini, dengan pengundian awal ditetapkan pada 10 Nov dan hari pengundian pada 14 Nov nanti.

Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala Pakatan Harapan lima kerusi dan PN dua kerusi.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.