InquirerWATCH: Sara Duterte Impeachment trial | Sept. 29, 2026CNN Türk7 Ekim'in perde arkasında yeni iddia! Netanyahu'dan gizli BAE ziyareti mi?PunchLAUTECH resident doctors’ strike hits 32 daysESPN DeportesLuis Fernando Tena tras goleada ante El Salvador: "Fue una sorpresa total el marcador"Daily MaverickTHE INTERVIEW: Why a British documentary filmmaker turned his lens to SA’s protest legacyESPNMets exec Stearns: No 'mulligans' on Alonso's exit한겨레이 대통령 “3대 메가프로젝트 지연 요인 미리 찾아 해결해야”Bollywood HungamaShakira’s Madrid concert to stream globally on Amazon Music on October 3; celebration to spotlight women In Latin musicSözcüYENİ Parti'nin ismi için kritik gün! Gözler AYM'deGhaflaEric Omondi Faults Senator Karen Nyamu Over Attendance at KICC Health EventSBS 뉴스강민국, 조희대 국감 증인 채택에 "삼권분립 붕괴 쿠데타"Rai NewsSuper El Niño, esperti britannici lanciano l'allerta al governo: "Evento significativo"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 29, 2026

Saravanan sedia dibicara, pendakwaan mohon lebih masa

Translate

Bekas menteri sumber manusia M Saravanan bersedia meneruskan perbicaraan kes rasuahnya, namun pihak pendakwaan memohon lebih masa untuk menyerahkan dokumen berkaitan kes itu.

Peguam, Geethan Ram Vincent, berkata pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan baharu bagi menyerahkan dokumen berkaitan, termasuk minit mesyuarat Jemaah Menteri, serta memuktamadkan tarikh perbicaraan.

Katanya, pihak pembelaan meminta tarikh lebih awal kerana sudah bersedia untuk meneruskan perbicaraan.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Nov untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan dan tarikh perbicaraan dimuktamadkan.

Bulan lalu, Saravanan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.097 juta berkait kuota pekerja asing kira-kira empat tahun lalu.

Ahli Parlimen Tapah empat penggal itu dan keluarganya turut dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi menerima notis pengisytiharan harta.

Saravanan berkata, beliau sedia memberikan butiran aset yang diperoleh sejak 2019, termasuk harta di dalam dan luar negara, sambil menegaskan beliau ‘tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan’.

SPRM memberi tempoh 30 hari kepadanya untuk mengemukakan maklumat berkenaan, dengan lanjutan masa boleh dipertimbangkan jika perlu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Saravanan sedia dibicara, pendakwaan mohon lebih masa — KioskNews