CNN TürkFENERBAHÇE - LYON ŞAMPİYONLAR LİGİ MAÇI NE ZAMAN? Fenerbahçe - Lyon Şampiyonlar Ligi maçı saat kaçta, hangi kanalda?וואלהדגלי ישראל הושחתו בכיכר סמוך לעטרת בבנימין, המשטרה פתחה בחקירהPunchAdeleke withdraws EFCC suit, says Tinubu intervention settled matterESPN DeportesRice rescata a Yankees, que evita barrida ante Blue JaysESPNMariota has MCL sprain; Week 1 return expectedRTP DesportoVolta a Portugal. Guerin venceu a prova, Rui Oliveira a etapaInquirerIn-person classes suspended in parts of Cavite, Batangas on Aug. 17Daily MaverickMassachusetts anti-hunger advocate fasts to protest Trump food stamp cuts​The Jerusalem PostHezbollah disarmament 'integral' to Lebanon-Israel security process, US official tells 'Post'SözcüTrafik kazası bıçaklı kavgaya dönüştü: 3 yaralı
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, August 16, 2026

Mengapa politik identiti Malaysia tak sama kebangkitan haluan kanan seluruh dunia

Translate

Politik identiti sudah lama menjadi ciri dalam landskap politik Malaysia berbanding negara lain di mana politik berhaluan kanan menjadi fenomena baharu yang semakin menunjukkan peningkatan, kata penganalisis.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia dan Oh Ei Sun dari Singapore Institue of International Affairs berkata, negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom hanya melihat peningkatan politik berhaluan kanan sejak beberapa dekad lalu.

Menurut Oh, dua negara itu berusaha menghapuskan fahaman perkauman dalam masyarakat mereka di era moden ini, dengan harapan mempromosikan semangat identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat pelbagai kumpulan etnik.

Katanya, ini berlaku di UK selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, manakala di AS selepas penggubalan Akta Hak Asasi 1964 yang mengharamkan undang-undang serta amalan berbentuk diskriminasi di selatan negara itu.

Oh Ei Sun

Oh Ei Sun.

Fauzi berkata, di Malaysia politik identiti memang sejak sekian lama menjadi antara elemen utama dalam setiap pilihan raya.

Mereka senada berkata, ini antara lain berpunca daripada bagaimana isu kaum disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 153 yang menjadikannya komponen dalam persekitaran politik tempatan.

Perkara 153 Perlembagaan meliputi kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

“Jadi, bukanlah kita tidak pernah mengalami identiti perkauman seperti ini. Ia memang wujud sejak dulu. Pada saya ia sekadar letusan semula sentimen perkauman, bukannya sesuatu yang baharu seperti di AS atau UK,” katanya kepada FMT.

“Dari semasa ke semasa ia akan muncul, dan ketika ini ia muncul sekali lagi. Pada masa lain ia akan tenggelam dan kemudian di masa depan sekali lagi timbul.”

Fauzi menyifatkan politik identiti sebagai asas dibina menerusi Perkara 153, yang dibaca bersama Perkara 160 mentakrifkan orang Melayu sebagai seseorang yang antara lain beragama Islam.

Katanya, identiti kemasyarakatan mendominasi naratif politik sebaik satu kelompok pengundi merasakan kedudukannya dalam perlembagaan terancam, dan tidak semestinya berkait dengan isu kemiskinan.

Ini berbeza daripada di Barat apabila kemiskinan dikaitkan dengan peningkatan sentimen serta sokongan terhadap fahaman berhaluan kanan ekstrem.

Menurutnya, disebabkan itu penyelesaian yang bergantung kepada pinjaman atau bantuan tidak berkesan di Malaysia.

Katanya, ini terbukti ketika pilihan raya di Negeri Sembilan apabila gabungan Barisan Nasional-Perikatan Nasional memenangi semua kerusi majoriti Melayu, walaupun kerajaan negeri dan terdahulu dan bekas menteri besar Aminuddin Harun menunjukkan prestasi baik dan dihormati.

Pakatan Harapan (PH) mendakwa kekalahan dialami akibat eksploitasi politik identiti oleh lawannya.

“Kita tidak boleh menyalahkan faktor luaran semata-mata bagi politik berhaluan kanan; nasionalisme memang menjadi sebahagian daripada kenegaraan Malaysia dari awal.

“Bak kata (bekas Ahli Parlimen Bangi) Ong Kian Ming baru-baru ini, parti PH sekalipun mendapat manfaat daripada politik identiti. Sistem politik Malaysia tidak direka sebagai aturan demokrasi liberal seperti diangankan segelintir pihak,” katanya.

Ideologi politik agama

Walaupun rekahan semakin dilihat dalam pakatan BN-PN, Fauzi berkata jika gabungan itu mampu bertahan ia berpotensi memenangi jumlah kerusi mencukupi di Semenanjung untuk membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

Katanya, perubahan demografik termasuk pertumbuhan pesat golongan Melayu berbanding bukan Melayu juga akan meningkatkan peluang untuk BN-PN.

Dalam konteks itu, katanya, persoalan mengenai masa depan Malaysia terletak pada ideologi politik Islam kumpulan Melayu yang berkuasa.

“Islamisme sebagai ideologi politik di sini perlu dibezakan antara Islam sebagai satu kepercayaan dengan Islam sebagai agama rasmi. Islam adalah ‘fait accompli’ (sesuatu yang sudah diputuskan dan tidak boleh diubah) Perlembagaan, manakala Islamisme adalah soal pilihan.

“Sama ada ia sesuatu yang baik atau buruk bergantung kepada model mana digunakan oleh golongan Melayu yang berkuasa,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.