CNN TürkFon soruşturmasında Geçgel kardeşlerden 5 milyar lira ödemeESPN DeportesEN VIVO: Yelich y Contreras le madrugan a Martínez y RaysESPNCEO O'Neil given $6.3M before LIV bankruptcy protection filingPunchIlenikhena scores in back-to-back Al-Ittihad gamesInquirerFewer Filipinos trust the news. Can PH media win them back?South China Morning PostHong Kong private secondary sector expands as local universities’ reputation growsCollider‘Percy Jackson' Officially Returns in 4 WeeksZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFUOLPrincípio de incêndio em churrascaria mobiliza bombeiros em Jandaia do SulThe Straits Times‘No worker should face this alone’: Close to 240 migrant workers owed 2 months’ pay, NTUC, MOM assistingGIGAZINEアヒル型ロボット「Microduck」の予約注文数が2万台を突破、NVIDIAのジェンスン・フアンCEOとの戯れで爆売れVarietyKen Atchity, ‘The Meg’ Producer and Literary Agent, Dies at 82
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 24, 2026

Aktivis seru laluan berstruktur bantu gelandangan sampai berdikari

Translate

Seorang aktivis mencadangkan sistem sokongan lima peringkat membantu gelandangan beralih daripada tempat perlindungan sementara kepada kehidupan berdikari ketika kerajaan sedang menyemak semula operasi bantuan golongan itu.

Pengasas Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin, merujuk model pusat perlindungan dan reintegrasi di New York yang dilihat memberikan sokongan bertahap, mengikut kejayaan individu mencapai sasaran ditetapkan bersama penyedia sokongan mereka.

Hartini Zainudin

Hartini Zainudin.

“Kita terlalu beri tumpuan mengeluarkan orang ramai dari jalanan dan kurang memahami punca mereka berakhir di situ,” katanya kepada FMT.

Di bawah cadangan berkenaan, dua peringkat pertama akan menangani keperluan mendesak seperti tempat perlindungan, penjagaan kesihatan, dan pendaftaran dokumen, sebelum beralih kepada kaunseling, latihan kemahiran, dan perancangan peribadi.

Peringkat seterusnya akan memberi tumpuan membantu mereka mendapatkan pekerjaan, mengekalkan kediaman yang stabil, dan mencapai kebebasan kewangan, seterusnya menyokong integrasi jangka panjang dalam masyarakat.

Cadangan Hartini itu susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh, menyeru operasi bantuan gelandangan dijalankan sejak tiga tahun lalu disemak untuk mengenalpasti jurang bantuan, selain mengelak mereka dibantu kembali menjadi bergelandangan.

Hartini turut mencadangkan skim simpanan padanan di mana peserta akan menerima RM100 tambahan bagi setiap RM100 yang disimpan daripada pendapatan kerja mereka sehingga mencapai had ditetapkan, bagi membantu menampung deposit sewa atau membina simpanan kecemasan.

“Perbezaan terasnya ialah peringkat-peringkat ini menentukan peluang dan insentif tambahan, bukannya menentukan sama ada seseorang itu layak menerima bantuan asas atau tidak,” katanya.

Hartini berkata, pendekatan Malaysia terhadap isu gelandangan pada masa ini seperti berkecamuk dengan penyelarasan yang terhad antara agensi kebajikan, pihak berkuasa tempatan, penyedia perkhidmatan kesihatan, dan NGO.

Beliau menggesa penekanan lebih besar diberikan kepada usaha mencegah masalah gelandangan dengan individu mempunyai pengalaman hidup gelandangan dilibatkan dalam mereka bentuk program sokongan.

Pendekatan berdasarkan hak

Sementara itu, penyelidik bersekutu Institut Penyelidikan Khazanah, K Theebalakshmi, menyeru pendekatan berasaskan hak terhadap gelandangan sambil menyatakan Malaysia patut mengiktiraf kediaman wajar sebagai hak asasi, bukannya ke atas tempat perlindungan sementara sahaja.

K Theebalakshmi

K Theebalakshmi.

“Di Malaysia, hak kepada kediaman wajar tidak diiktiraf secara jelas sebagai hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau mencadangkan Malaysia meneliti semula sistem perlindungan sosialnya, yang ketika ini menumpukan kepada bantuan tunai dan skim insurans sosial, selain mesti merangkumi sokongan perumahan bagi kumpulan rentan.

“Perumahan sosial boleh diiktiraf sebagai satu bentuk perlindungan sosial yang menyediakan jaring keselamatan bagi kumpulan rentan, termasuk mereka berisiko atau sedang mengalami masalah gelandangan,” katanya.

Theebalakshmi berkata, perkara itu memerlukan perluasan akses sewaan yang terjamin dan perumahan sewa mampu milik, disekali pekerjaan, penjagaan kesihatan, dan bantuan pendapatan membantu mereka terus mempunyai kediaman.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.