PunchFlamingos’ World Cup victory Nigeria’s pride — Barau한겨레금천구서 SUV 차량 버스정류장 난간 들이받아…인명 피해 없어Inquirer EntertainmentBallet Philippines’ ‘The Nutcracker’ brings Filipino heart to Christmas classicZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFDaily MailTwo female skydivers die after colliding in mid-air when their parachutes became tangledسكاي نيوز عربيةأميركا.. تحقيق باحتمال تسبب علاج جيني في إصابة أطفال بالسرطاIl Fatto QuotidianoSiamo sommersi di contenuti, ma così abbiamo ridotto l’esperienza diretta della vitaStraits Times SportVan Assche's Paris run comes to an end, but Frenchman leaves with bolstered belief경향신문대변인 후임 못 찾은 트럼프, UFC 회장에 공개 구애···백악관 인사 난맥Lenta.ruШелтон обыграл Пола и вышел в полуфинал «Мастерса»Guardian SportAustralia v Fiji: Women’s Rugby League World Cup semi-final – liveSözcüKafes dövüşünün patronu Trump'ı reddetti
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, November 8, 2026

Laluan lebih baik ke Putrajaya jika menang Kesidang, kata Rauf

Translate

Barisan Nasional (BN) optimis kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) mampu merampas semula kerusi Kesidang daripada DAP pada PRN Melaka dan membuka laluan lebih baik kepada gabungan itu menuju Putrajaya.

Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, yakin peluang merampas semula DUN Kesidang terbuka jika jentera parti digerakkan secara terancang dan tersusun.

“Kita (BN) pernah mewakili kawasan ini dulu, tapi kita kalah dua penggal. Kali ini, kalau kita berjaya dengan gerakan yang terancang dan teratur, kita rampas kembali Kesidang, kembali kepada Muafakat Melaka ini,” katanya selepas melawat Bilik Gerakan DUN Kesidang.

Rauf berkata, kerjasama BN dan PN menerusi Muafakat Melaka mampu membawa dimensi baharu dalam politik negeri dengan menyatukan kekuatan daripada pelbagai latar belakang demi kestabilan.

Beliau yakin calon PN, Albert Kok yang juga anak jati Kesidang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk, jika menang pada 14 Nov ini.

“Saya mengarahkan semua jentera Umno dan BN, termasuk MCA dan MIC, bergerak bersama dengan PN bagi memastikan Kesidang ini kembali kepada Muafakat Melaka yang akan diterjemahkan pada 14 Nov ini,” katanya yang berpuas hati dengan komitmen jentera dua gabungan membuktikan kesepakatan menerusi Muafakat Melaka.

Pada PRN Melaka 2021, calon Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, Seah Shoo Chin mempertahankan kerusi Kesidang dengan 14,769 undi, menewaskan calon BN, Leong Hui Ying (4,532 undi) dan calon PN, Patrick Ng Chin Kae (3,124 undi).

Kok akan bertembung Seah yang dalam misi mempertahankan kerusi itu serta calon Parti Bersama Malaysia, Dr Bryan Kek pada Sabtu ini.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.