ESPN DeportesBills y Rams no defraudan y regalan un gran MNFThe Jerusalem PostBomb threat called on Boca Raton Jewish preschool, law enforcement evacuates areaESPNFollow live: Guardians score twice in 8th, take lead over Rays in ALCS Game 1InquirerNo remorse: Task Force Disiplina enforcer kills 3 teens; QC vows reforms한겨레프로야구 한화 새 사령탑에 류지현…3년 총액 20억원ZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-Nachrichtenstudio경향신문K-소비재 수출 10년 새 4.2배…미국·유럽 10배 늘 때 중국은 ‘정체’Anime News NetworkHappy Sports Day From Around the Anime World, Part IILa NaciónUna arquitecta reformó su PH en Coghlan e hizo de los techos y el patio el centro del proyectoGIGAZINE筋トレは「体重が減る前」から脂肪細胞を縮小させて健康にメリットをもたらす可能性20 MinutenZinsen für zehnjährige Festhypotheken steigen auf JahreshochNew Straits TimesMalaysia travellers gain new gateways to Europe and Central Asia via Vietjet
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, October 13, 2026

Jerebu: Lebih 70% murid sekolah rendah di Johor tak ikuti PdPR

Translate

Kerajaan disaran mempertimbangkan persekolahan terus diadakan secara fizikal dengan memakai pelitup muka dalam kelas memandangkan kurang daripada 30% murid sekolah rendah di Johor mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika sekolah ditutup akibat jerebu.

Pengerusi Persatuan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta Johor, Yahya Jaafar, berkata kadar penyertaan itu rendah berbanding kira-kira 70% pelajar sekolah menengah, yang dipercayai berpunca daripada kekangan ibu bapa bekerja, kekurangan peranti dan tiada bimbingan di rumah sehingga boleh menjejaskan kelancaran pembelajaran murid.

“Ketika pandemik Covid-19, ibu bapa kebanyakannya berada di rumah untuk membim­bing anak-anak mengikuti PdPR. Namun, keadaan kini berbeza ke­rana ramai ibu bapa bekerja dan tidak dapat memantau pem­belajaran anak-anak secara langsung,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau turut menyarankan pergerakan murid dihadkan, khasnya di kawasan terbuka bagi mengurangkan pendedahan murid kepada udara tercemar.

“Bagi sekolah berasrama pula, pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksana dalam asrama dengan guru turun membimbing murid, sekali gus mengawal pergerakan mereka.”

Langkah lain, katanya, termasuk kerajaan dan majikan memberi kelonggaran cuti kepada ibu bapa, dengan menggunakan cuti tahunan atau bencana jika bersesuaian, bagi membolehkan mereka membimbing anak mengikuti PdPR.

Tegasnya, langkah itu penting kerana murid sekolah rendah masih memerlukan pemantauan rapi, selain memastikan proses pembelajaran tidak terjejas terlalu lama.”

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.