PunchAfrican footballers shine across Europe’s top leaguesCNN TürkMısır’da tren faciası! Çok sayıda ölü ve yaralıInquirerWATCH: Sara Duterte impeachment trial | Nov. 9, 2026The Jerusalem PostIsrael approves initial 250 foreign troops for Gaza as US prepares multinational force한겨레“절에 가고” “부적 달고”…어느 때 보다 간절했던 지명권 승자는 KT·현대모비스ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFVanguardNigerian woman entrepreneur wins award at World Investment ForumBBC NewsKrakow shooting suspect has died in hospital, police sayالنهارشرطة بولندا: منفذ هجوم كراكوف لقي حتفه بالمستشفىSözcüAkdeniz'e giden suyu tünellerle çöle taşıyorlarBBC 中文Nvidia就黃仁勳與疑似中國間諜有婚外情展開調查RMF24Strzelanina w Krakowie. Zapadła decyzja ws. Krakowskiego Biegu Niepodległości
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 9, 2026

Digugur calon BN, Tok Mat akui penyokong Sulaiman kecewa

Translate

Mohamad Hasan mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Sulaiman Ali selepas bekas ketua menteri Melaka itu digugurkan daripada calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan DUN Lendu.

Bagaimanapun, timbalan presiden Umno itu berkata keadaan semakin reda apabila Sulaiman sendiri turun membantu kempen calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Katanya, ketidakpuasan hati selepas penamaan calon adalah perkara biasa, namun kehadiran Sulaiman bersama penggantinya menunjukkan beliau turut membantu mengukuhkan sokongan terhadap parti.

“Memang setiap pemimpin ada pengikut atau penyokong, tapi dengan kehadiran Sulaiman bersama-sama dengan calon, Hakim, ini jelas menunjukkan gelombang ataupun riak-riak selepas penamaan calon memang ada, biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni masyarakat setempat di Kampung Durian Daun.

Mohamad berkata, beliau tidak melihat ketidakpuasan hati itu sebagai isu besar atau petanda penduduk kecewa, sebaliknya yakin keadaan dapat ditangani menjelang minggu kedua kempen.

Sulaiman adalah Adun Lendu sejak 2013 dan ketua menteri Melaka ke-12. Beliau digugurkan daripada senarai calon BN kali ini apabila parti memilih Hakim, bekas setiausaha politik ketua menteri, sebagai penggantinya.

Pada PRN 2021, Sulaiman mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 3,104 undi.

Hakim akan berdepan calon Bersatu, Nazri Ramli, dalam pertandingan satu lawan satu di Lendu pada 14 Nov ini.

Sementara itu, Mohamad berkata jentera BN di Lendu menjalankan kempen secara teratur dengan calon aktif menemui pengundi dari kampung ke kampung.

Beliau turut mengingatkan petugas parti mengutamakan pendekatan bersemuka, menjelaskan isu kepada pengundi serta mengelakkan tindakan mencaci atau memburukkan pihak lawan.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.