ESPN Deportes¿Qué pasa cuando los técnicos estrella dirigen selecciones?The Jerusalem PostCornell University's response to student rape allegations to be reviewed by New York A-G - reportInquirerDuterte’s camp on Trillanes’ recent accusations: ‘Malicious fabrications’ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFNew Straits TimesGenevieve takes one-shot lead into final roundVanguardHow Nigeria declined into criminality, poor governance in 66 years中国新闻网河北临漳——访铜雀古台 品建安风骨The Sydney Morning HeraldNewcastle crash LIVE updates: 10 people injured, driver arrested after car hits Knights crowdRai NewsLe previsioni del tempo per sabato 3 ottobreABC News (Australia)How the eviction of an 87-year-old became Spain's 'last straw'BBC عربيمقتل خمسة أشخاص في غارة إسرائيلية على غزةGlobo EsporteJoão Ricardo pede desculpas à torcida após tropeço do Fortaleza: "não adianta ter invencibilidade"
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

Kes gangguan seksual kanak-kanak: Polis minta lelaki tampil bantu siasatan

Translate

Polis meminta individu dikenali sebagai ‘Farhaan Rahmat’ agar hadir ke IPD Padang Besar untuk memberi kerjasama dan keterangan berhubung kejadian seorang kanak-kanak diganggu secara seksual oleh seorang penceramah motivasi pada 26 Sept lepas.

Ketua Polis Perlis Hamzah Hashim berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu diterima pada 2.09 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa mangsa lain yang pernah terlibat dengan penceramah motivasi itu supaya tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat Sharifah Nur Fasihah Syed Sofian di talian 04-949 0824 atau 019-815 1602.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.