ESPN DeportesEN VIVO: interferencia de aficionado crea polémica, Volpe remolca una y acerca a YankeesESPNHow the Dream took a 2-0 lead over the LibertyLa NaciónLa agenda de la TV del jueves: el Masters 1000 de Shanghai y la acción del básquetbolThe Jerusalem PostProtesters overrun Israeli peace vigil marking October 7 attended by Mamdani한겨레사형 실패로 깨어난 미 여성 “분노와 혼란”…윤리·법적 논란 확산ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFSouth China Morning PostWill Huanggang Port opening boost spending at Shenzhen’s border retail shops?SCMP ChinaThe ‘G2’ illusion? After Xi-Trump summit, China wants equality while the US seeks deals20 Minuten«Kostete 500 Euro»: GC-Coach machte Deutsches Supertalent grossDeadlineSkydance Film Bosses Dana Goldberg & Josh Greenstein & The Warner Bros To-Do List: Pics That Are Ready, In The Works Or On Fire경향신문법원 “JMS·정명석, 성폭력 피해자들에 손해배상 해야”···홍콩 국적 신도 등에 배상 판결E! OnlineBritney Spears Shares Pic With Sons Jayden & Sean Preston at Dollywood
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 8, 2026

Ekonomi jingga potensi pacu pertumbuhan ekonomi kreatif, kata Fahmi

Translate

Sektor ekonomi kreatif yang menyumbang kira-kira 6.8% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mempunyai potensi besar untuk menjadi pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkembangan teknologi digital kini membolehkan kandungan kreatif tempatan termasuk audio siar atau podcast, muzik, animasi, permainan video dan kandungan media sosial dieksport ke pasaran global tanpa terikat kepada sempadan geografi.

“Kalau kita buat podcast, orang yang tonton bukan semestinya orang yang duduk dalam studio. Orang yang duduk di California boleh tengok, orang yang duduk di New Delhi boleh tengok, orang yang duduk di Vladivostok pun boleh tengok,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan audio siar Jangan Kecam yang dihoskan Nazz Abdullah.

Fahmi berkata perkara itu menunjukkan kandungan dan harta intelek (IP) tempatan kini mempunyai ruang besar untuk dieksport ke seluruh dunia, sekali gus membuka peluang pendapatan lebih luas kepada pemain industri kreatif.

Beliau berkata potensi berkenaan mendorong kerajaan membentuk Majlis Ekonomi Jingga bagi memandu dan membantu memperkukuh ekosistem industri kreatif, termasuk sektor perfileman, muzik, permainan video, e-sukan dan animasi.

Mengenai sama ada pencipta kandungan atau content creator termasuk dalam kategori ekonomi jingga, beliau berkata mereka merupakan sebahagian daripada ekonomi kreatif, namun model perniagaan mereka berbeza-beza dan perlu difahami sebelum bentuk bantuan khusus dapat ditentukan.

“Pencipta kandungan bukan satu kategori pekerjaan mempunyai model perniagaan sama kerana ada yang menjana pendapatan menerusi pemasaran afiliasi, jualan produk, penstriman, jumlah tontonan, pengiklanan, penajaan dan kerjasama dengan jenama.

Menurutnya, platform digital seperti TikTok, TikTok Shop, Shopee, Facebook Marketplace dan Lazada turut menyumbang kepada perkembangan ekonomi digital dengan menyediakan sokongan serta latihan berkaitan jualan, siaran langsung dan penjanaan pendapatan.

Fahmi berkata antara perkara perlu diberi perhatian kerajaan ialah isu hak cipta dan penggunaan kecerdasan buatan (AI), khususnya apabila teknologi itu digunakan untuk menghasilkan kandungan berasaskan karya atau identiti pemilik hak intelek.

“Banyak pencipta kandungan sekarang ini bertanya tentang AI. Macam mana kita hendak guna, bolehkah kita guna Suno, ataupun mana-mana untuk cipta AI music.

“Contoh kita hendak guna (lagu) Faizal Tahir, kita masukkan AI, lepas itu buat lagu, AI itu masukkan dalam kandungan kita. Boleh atau tidak? Dalam hal ini, kerajaan kena bantu, kena campur tangan supaya hak Faizal Tahir dan orang-orang yang ada IP ini terpelihara, terjaga,” katanya.

Berhubung dana pencipta kandungan, Fahmi berkata ketika ini belum ada dana khusus untuk kumpulan tersebut kerana sokongan kementerian masih banyak tertumpu kepada sektor seperti perfileman dan muzik berdasarkan dasar sedia ada seperti Dasar Perfileman Negara dan Dasar Penyiaran Negara.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyediakan sokongan kepada media arus perdana dan media dalam talian yang layak, termasuk menerusi Dana Inovasi Media.

“Jumlah yang kita sediakan tahun lepas dan terpakai sampai ke tahun ini RM30 juta,” katanya, sambil menjelaskan syarikat media yang ingin memohon perlu memenuhi syarat termasuk berdaftar dengan Jabatan Penerangan sebagai media elektronik.

Dalam pada itu, Fahmi menggesa pemain industri kreatif termasuk pencipta kandungan yang layak supaya memanfaatkan kemudahan pelepasan cukai disediakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), termasuk bagi pembelian peralatan berkaitan operasi perniagaan.

“Setakat ini, belum ada persatuan pencipta kandungan Malaysia yang mengadakan pertemuan rasmi dengan saya untuk mengemukakan isu khusus industri berkenaan, namun kerajaan terbuka untuk memahami keperluan dan cabaran mereka,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.