ESPN DeportesAtlético vs Real Madrid: ¿Cuál es el derbi que más sorprendió a Mou?The Jerusalem PostHoldout juror in Lindsay Clancy trial hires high-profile counsel following mistrial controversyESPNUnwavering confidence in Loveland, concern for Pitts and more Week 2 insightsוואלהF-16 הוזנק בעקבות חדירת מטוס למרחב האווירי ליד קמפ דייווידInquirerCampus shooter ‘planned attack, warned classmates’한겨레‘발등에 불’ 다카이치 일 총리, 시진핑에 앞서 트럼프와 만남…왜?SözcüTrump şimdi de 'yapay zeka'nın ismine savaş açtıWirtualna PolskaGroźby w sieci wobec premiera. Policja zatrzymała mężczyznęSportstarAsian Games Live Updates, September 20: Elavenil, Sonam in action as women's 10m air rifle final begins — Latest scores and newsBBC NewsTwo killed in 'massive' Ukrainian drone attack on Moscow region, says Russia매일경제“코스피 이것 때문에 버텼는데, 어쩌나”…삼전닉스 35조 자사주 매입 내달 종료CumhuriyetTrump'ın yeni gündemi: 'Yapay zeka ismi değiştirilsin' dedi, anket başlattı
The Daily Newsstand · Free, Always
Sunday, September 20, 2026

Keputusan Loke mungkin tak dapat reda kekecewaan DAP, kata penganalisis

Translate

Penganalisis politik meragui sama ada langkah DAP untuk Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook, melepaskan jawatan menteri memadai bagi meredakan kemarahan akar umbi terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Seorang penganalisis berkata, semua lima menteri DAP patut meletak jawatan untuk meningkatkan peluang parti itu mengekalkan sokongan akar umbi. Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, peletakan jawatan beramai-ramai adalah langkah wajar, walaupun DAP tidak bertanggungjawab terhadap pengampunan bersyarat yang diberikan kepada Najib.

Langkah itu tidak akan menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan kerana semua 40 Ahli Parlimennya masih boleh terus menyokong kerajaan di Parlimen.

Beliau berkata, keputusan hanya Loke meletak jawatan telah meletakkan DAP dalam situasi sukar dengan penyokongnya, khasnya masyarakat Cina, ketika ia sedang kehilangan sokongan seperti yang dilihat dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali sokongan mereka? Saya mencadangkan semua menterinya letak jawatan — bukan sebab marah atau merasakan mereka perlu bertanggungjawab — tetapi mereka perlu memikirkan cara terbaik mengekalkan sokongan masyarakat Cina pada masa depan.

“Ini sangat kritikal. Selepas hilang kepercayaan dan ikatan dengan komuniti Cina, bukan mudah untuk memulihkannya,” katanya kepada FMT.

Jelasnya, tiada wakil Cina dalam Jemaah Menteri bukan isu kerana PKR boleh melantik Ahli Parlimen Cina daripada PKR atau pihak luar untuk mengisi kekosongan itu.

Lau memberi contoh Najib pernah melantik Paul Low, bekas presiden Transparency International Malaysia, sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila MCA enggan menyertai Jemaah Menterinya selepas kalah dalam PRU 2013.

Tegasnya, walaupun tidak salah menteri DAP kekal dalam jawatan, tindakan itu berisiko memberi lebih banyak ruang kepada pihak lawan untuk menuduh parti berkenaan terlalu gilakan kuasa.

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun, berpendapat penyokong DAP tidak akan menyalahkan parti itu jika semua menterinya meletak jawatan beramai-ramai, yang berpotensi menyebabkan kerajaan tumbang.

“Malah, sokongan akan kembali kepada DAP. Saya tidak fikir penyokong mereka akan berpuas hati dengan langkah separuh jalan,” katanya kepada FMT.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara bagaimanapun berkata, akar umbi DAP tidak patut terlalu kecewa dengan pengampunan bersyarat itu kerana Najib telah melalui proses wajar dan pengampunan diberikan Yang di‑Pertuan Agong.

“Saya rasa penyokong DAP tidak patut menafsirkan parti itu telah gagal dalam isu ini,” katanya kepada FMT.

Beliau menyifatkan tindakan hanya Loke menawarkan diri meletak jawatan sebagai langkah tepat kerana peletakan jawatan beramai-ramai akan memberi alasan kepada Umno untuk mendesak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen.

“Jika DAP memutuskan keluar daripada kerajaan dan menyokong Anwar dari luar, ia akan memberi kelebihan tambahan kepada Umno untuk mencetuskan pergolakan politik dalam kerajaan perpaduan.”

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.