InquirerEasterlies to affect N. Luzon; localized thunderstorms to prevail over PHThe Jerusalem PostTrusting your audience: What NAZA could learn from Fauda's latest season - editorialESPN DeportesDodgers vence a Reds y asegura boleto a playoffs igualando récordESPNAlonso lauds Mets fans in 'special' return to Citi Fieldוואלההתרעות חירום הופעלו בכמה ערים בסעודיה, בהן ג'דה וינבוע한겨레색소폰 거장 조슈아 레드먼, 12년 만에 콰르텟 내한공연The Hollywood ReporterMost Memorable Moments at 2026 Emmys, From Taylor Swift’s Cameo to Mariska Hargitay Recreating Nicole Kidman’s AMC AdInquirer EntertainmentSexBomb Girls return to music with first new song in 20 yearsDaily MaverickWHAT WE’RE WATCHING: Fractured nation, fractured family: The politics and precarity of fatherhood in turbulent timesSözcüAvrupa’da alarm! Hava sahasına giren İHA, NATO savaş uçakları tarafından düşürüldüCNN Türk"İki milyar insanın su kaynağı bitiyor"UOLConrado Hübner Mendes critica privilégios no STF: "Ministro não precisa de penduricalho"
The Daily Newsstand · Free, Always
Tuesday, September 15, 2026

Polis kesan waris lelaki ditemui mati dalam ruang tayar pesawat

Translate

Polis meminta bantuan untuk mengesan waris atau keluarga kepada seorang lelaki tanpa identiti yang ditemui meninggal dunia di ruang simpanan tayar sebuah pesawat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis berjaya mendapatkan gambar mangsa namun identitinya masih tidak diketahui. Mayat lelaki itu ditemui di ruang simpanan tayar sebuah pesawat dari Tokyo, Jepun pada 27 Ogos.

Ketua Polis KLIA M Ravi berkata kertas siasatan kematian mengejut dibuka, manakala keluarga mangsa diperlukan untuk proses pengecaman bagi siasatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang hilang atau tidak dapat dihubungi sejak 19 Ogos supaya menghubungi balai polis terdekat, khususnya jika mereka diketahui berada di sekitar kawasan KLIA,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa ditemui oleh kru kejuruteraan selepas pesawat itu mendarat di Terminal 2 KLIA. Mereka menyedari bau busuk datang dari ruang roda.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 72 jam sebelum mayatnya ditemui, dengan tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.