ESPN DeportesJalen Williams fue operado; será reevaluado a fin de temporadaThe Jerusalem PostIsraeli businessman found dead in Ethiopia, authorities investigate possible poisoningInquirerNCR hospitals, emergency teams on alert for ‘Undas’Daily MaverickBOOK EXCERPT: Sandstone Estates – where steam locomotives bring SA railway history to lifeESPNStudy: Estimated 75% of NFL players who died between 2008 to 2023 had CTE한겨레상장 후 첫 분기 실적 발표한 중 로봇기업 유니트리, 왜 순이익 줄었나CNN TürkValilik açıkladı: İstanbul'da bazı yollar trafiğe kapatıldıCollider‘The Lowdown’s Martha Plimpton Reveals What To Expect From Her Sheriff in Season 2GhaflaGachagua Denies DCP Endorsement Of Edwin Sifuna For 2027ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 29-10-2026Antara NewsHong Leong Bank Strengthens Cross-Border Payment Connectivity through Partnership with UnionPay International
The Daily Newsstand · Free, Always
Thursday, October 29, 2026

Kelantan buka 100 kertas siasatan perlombongan haram sejak 2024

Translate

Seratus kertas siasatan dibuka membabitkan aktiviti perlombongan haram di Kelantan menerusi 104 operasi penguatkuasaan bersepadu dari 2024 hingga bulan lalu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Fadzli Hassan, berkata semua kes itu disiasat mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Kelantan 2001.

“Berdasarkan rekod penguatkuasaan Pejabat Tanah dan Galian Kelantan bagi tempoh 2024 hingga September 2026, 51 kes masih dalam siasatan dan baki 49 kes lagi telah diselesaikan.”

Beliau menjawab soalan Nik Bahrum Nik Abdullah (PAS-Chempaka) mengenai tindakan kerajaan negeri terhadap aktiviti perlombongan haram pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Fadzli berkata, tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk penyitaan jentera dan tapak perlombongan, pemusnahan peralatan mendulang haram serta penahanan dan pendakwaan pihak menceroboh.

Jelasnya, kadar denda dan kompaun turut ditingkatkan bagi kesalahan berulang untuk memberi pengajaran kepada pesalah.

Katanya, kerajaan negeri memperkukuh langkah pencegahan melalui pemasangan papan tanda amaran dan pemantauan udara menggunakan teknologi dron di kawasan berisiko tinggi.

Menurutnya, Pejabat Tanah dan Galian Kelantan bersama pasukan keselamatan, termasuk polis, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Cawangan Khas, Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains turut menjalankan operasi berkala di kawasan panas aktiviti perlombongan haram.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.

Kelantan buka 100 kertas siasatan perlombongan haram sejak 2024 — KioskNews