ESPN DeportesPachuca muestra su pegada y golea al AtlanteESPNTownsend, Siniakova win US Open doubles, complete career GS as pairוואלהסעודיה: הופעלה התרעה מוקדמת בשארוורהSouth China Morning PostChina targets ‘toxic’ traffic as viral sensations upend daily life and public services경향신문[끊는 사람들④] 중독된 딸에 중독된 엄마Wirtualna Polska"Upokarzające". Były dowódca US Army w Europie o polityce TrumpaBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 12-09-2026Screen RantDC Explains Rules For Brand New Kryptonite Introduced To Superman LoreHong Kong Free PressMacau to hold closed-door trial in first national security case against democratالشرقA Bit of Light.. دراما إيرانية تنافس على الأسد الذهبي بمهرجان فينيسيا中国新闻网“东北超”半决赛(首回合):沈阳队胜长春队Daily MailLady Gaga, 40, secretly welcomes first child with fiancé Michael Polansky... after months-long disappearance
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, September 12, 2026

Jangan biar platform e-dagang lepas tangan isu jualan dadah, kata kumpulan pengguna

Translate

Rang Undang-Undang (RUU) e-dagang perlu menekankan tanggungjawab penyedia platform jualan dalam mencegah kegiatan penjualan dadah secara dalam talian, kata Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca T Saravanan berkata platform tidak boleh mengatakan mereka hanya menyediakan ruang kepada penjual dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi termasuk produk dijual.

Menurutnya, pihak terbabit menyediakan akses kepada pengguna, sistem pemasaran, algoritma, komunikasi dan dalam banyak keadaan kemudahan transaksi.

“Kalau platform mempunyai teknologi mengetahui barang dicari, mencadangkan produk dan menyasarkan iklan kepada pengguna, teknologi sama sepatutnya digunakan untuk mengesan serta menyekat produk terlarang dan berbahaya.

“Mereka juga mempunyai tanggungjawab memastikan platform mereka tidak digunakan untuk menjual produk yang menyalahi undang-undang atau membahayakan pengguna,” katanya kepada FMT.

“Sebab itu Fomca berpandangan kerajaan perlu mempercepatkan penggubalan Akta E-Dagang yang komprehensif, dengan tanggungjawab platform dinyatakan secara jelas.”

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mendedahkan kebimbangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim terhadap kegiatan penjualan dadah secara dalam talian, termasuk fentanil dan bahan disebut sebagai ‘piu-piu’ yang merisaukan.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarahkan mengadakan pertemuan dengan platform e-dagang untuk mengatasi isu berkenaan.

Saravanan turut menggesa akta itu turut mewajibkan produk dijual secara dalam talian mematuhi keperluan dari aspek pelesenan, pensijilan, pematuhan standard, pelabelan dan maklumat keselamatan.

“Sekiranya platform berulang kali membenarkan penjualan produk terlarang atau berbahaya walaupun telah diberikan amaran, tindakan penguatkuasaan tegas perlu diambil termasuk penalti setimpal,” katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia Siraj Jalil pula berkata platform yang tidak lagi wajar berlindung di sebalik status perantara pasif, ketika mereka mengaut keuntungan daripada yuran transaksi atau iklan.

“Dari sudut kebertanggungjawaban, kegagalan berulang selepas amaran pihak berkuasa wajar diklasifikasikan sebagai kecuaian operasi boleh dikenakan liabiliti vikarius dan penalti kewangan mandatori berasaskan peratusan perolehan tahunan.

“Selain itu penggantungan lesen operasi, mahupun tuntutan ganti rugi sivil oleh pihak terjejas,” katanya.

Beliau berkata sekatan kata kunci semata-mata juga terbukti lapuk dan tidak memadai kerana sindiket dengan mudah boleh memintas sistem.

“Menggunakan istilah slanga, leetspeak, kod emoji, atau menyembunyikan maklumat jualan di dalam poster grafik.

“Bagi menutup ruang ini, platform perlu mewajibkan penggunaan kecerdasan buatan (AI) multimodal yang berupaya menganalisis teks, imej pembungkusan produk, dan teknologi OCR serentak sebelum sesuatu iklan dibenarkan terbit,” katanya.

Menurutnya, langkah teknologi itu mesti diperkukuh dengan prosedur pengesahan identiti penjual (e-KYC) bertaraf perbankan melibatkan padanan biometrik MyKad atau pasport, pendaftaran perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysi (SSM) serta akaun bank yang sah.

“Penguatkuasaan jejak peranti (device fingerprinting) juga kritikal bagi membolehkan sekatan perkakasan (hardware ban) dilaksanakan, sekali gus menghalang penjual sama membuka akaun baharu melalui peranti atau rangkaian,” katanya.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.