Beberapa kawasan rekod IPU tidak sihat termasuk Lembah Klang

Sebahagian besar Semenanjung Malaysia, termasuk Lembah Klang, merekodkan bacaan indeks pencemar udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi.
Bacaan IPU kekal tertinggi di Serian, Sarawak, iaitu 188, menghampiri tahap tidak sihat.
Di Semenanjung, bacaan IPU tertinggi direkodkan di Johan Setia, Selangor (182), diikuti Cheras, Kuala Lumpur (171), Pasir Gudang, Johor (171) dan Shah Alam, Selangor (168).
Di Lembah Klang, bacaan IPU kekal pada tahap tidak sihat di Putrajaya (166), Batu Muda (162), Petaling Jaya (160), Klang (160), Banting (157) dan Kuala Selangor (156).
Kualiti udara juga tidak sihat di seluruh Negeri Sembilan dan Pahang, dengan bacaan IPU tertinggi masing-masing direkodkan di Nilai (168) dan Balok Baru, Kuantan (162).
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Sarawak merekodkan kualiti udara sederhana dan tidak sihat di beberapa kawasan.
Keadaan langit lebih cerah di Sabah, Kelantan dan Perlis, dengan bacaan IPU sederhana dilaporkan di semua kawasan.
KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.