ESPN DeportesMinistro prohibirá que Haití juegue en DominicanaESPNTyler Adams named USMNT captain for new World Cup cycleThe Jerusalem PostCornell University's response to student rape allegations to be reviewed by New York A-G - reportSouth China Morning PostHong Kong to relax ad rules for broadcasters to boost business edge, minister says경향신문[끊는 사람들]⑨ 그 많은 여자들은 다 어디로 갔을까 (상)النهاراجتماع "سري" في كامب ديفيد... مساعدو ترامب يبحثون خيارات المرحلة المقبلةBusiness AMBusiness AM Sudoku’s 03-10-2026ZDF heuteAktuelle Pressemitteilungen des ZDFScreen Rant7 Anime That Defined Toonami's Golden AgeDaily MailVictoria Beckham looks emotional as she closes her Paris Fashion Week show while David and the family support from the front row but their estranged son Brooklyn snubs event following the footballer's olive branch中国新闻网中国队夺得亚运会高尔夫女子团体金牌NU.nlCopiloot flydubai eerder geschorst vanwege extremistisch materiaal op telefoon
The Daily Newsstand · Free, Always
Saturday, October 3, 2026

Belanjawan 2027 perlu tangani kekurangan doktor, kata Adun Sabah

Translate

Seorang wakil rakyat Sabah berharap isu kekurangan doktor dan pakar yang didakwanya semakin meruncing diberi perhatian dalam Belanjawan 2027.

Adun Kuamut Masiung Banah mendakwa masalah kekurangan doktor dilihat semakin serius dengan nisbah bagi seorang doktor telah mencecah bagi setiap 400 populasi penduduk.

Masiung Banah.

Beliau menekankan itu berkenaan memerlukan penstrukturan semula terhadap tawaran kerjaya dalam perkhidmatan kesihatan awam yang diharapkan mendapat perhatian pada Belanjawan 2027 bakal dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 9 Okt depan.

Menurutnya, kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bersaing dengan tawaran gaji dan peluang kerjaya yang ditawarkan negara maju jika mahu mengekalkan doktor tempatan.

“Doktor tempatan dan graduan perubatan negara ini lebih memilih berhijrah ke luar negara kerana kurang berminat dengan sistem perkhidmatan secara kontrak ditawarkan.

“Selain itu, tawaran gaji lumayan serta kadar tukaran wang asing yang lebih tinggi di beberapa negara maju turut menarik minat mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengembalikan sistem tawaran perkhidmataan jawatan tetap kepada doktor kerajaan termasuk doktor pakar dengan tawaran gaji baharu lebih konsisten.

“Tawaran lantikan secara kontrak hanya sesuai untuk doktor perubatan yang didatangkan dari luar negara,” katanya yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan DUN Sabah.

Penganalisis BIMB Securities Research Maliana Shaharudin pada Jul dipetik berkata cabaran utama sektor kesihatan ketika ini bukan berpunca daripada kekurangan graduan perubatan, sebaliknya kekurangan pakar perubatan serta kesukaran mengekalkan tenaga kerja mahir.

Keadaan itu dijangka menyebabkn kekurangan lebih 13,000 pakar perubatan menjelang 2030 sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan sistem penjagaan kesihatan negara untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat akibat penuaan penduduk dan peningkatan penyakit kronik.

Baru-baru ini, Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sabah Dr Brandon Patrick Senagang menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan doktor di negeri itu.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.