CNN TürkKPSS ORTAÖĞRETİM LİSE SINAV SONUÇLARI SORGULAMA EKRANI: 2026 KPSS Ortaöğretim sonuçları açıklandı mı?PunchFG hails Adamu’s confirmation as CAF secretary-general한겨레고단한 삶 품어주던 자리, 그 온기만큼은 오래 남으리InquirerManila North Cemetery logs over 1.3 million visitors on All Saints’ DayZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSouth China Morning PostHas Hong Kong’s IPO boom hit a wall – or is a year-end rush still to come?The Hollywood ReporterBook to Scream: How Universal Orlando’s Halloween Event Embraced Horror’s Literary Roots for 35 YearsCumhuriyetYüksek Yerilim Hattı - 2 Kasım 2026The Sydney Morning HeraldBar GabiSportstarIndia A vs New Zealand A LIVE Score, 2nd unofficial Test Day 3: NZ A crosses 300-run mark; Siraj picks up four wickets매일경제전력부족 공포 ‘체르노빌 트라우마’ 넘어섰다…원전건설 40년만 최다Lenta.ruРоссиянам назвали условия для получения сразу двух пенсий
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Gagal keluar wang, lelaki guna parang rosakkan mesin ATM, cederakan pemuda

Translate

Berang gagal mengeluarkan wang daripada mesin juruwang automatik (ATM), seorang lelaki merosakkan lima mesin perbankan menggunakan parang sebelum dipercayai mencederakan seorang pemuda yang cuba menghalangnya dalam kejadian di Jalan Masjid Lama, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Sarikei, Aswandy Anis, berkata suspek berumur 38 tahun itu dipercayai merosakkan dua mesin ATM, dua mesin deposit tunai (CDM) dan satu mesin deposit cek di sebuah bank kira-kira 12.05 tengah malam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian akibat tidak berpuas hati gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM, selain mengaku dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Selepas kejadian, suspek dipercayai melarikan diri dengan memandu Toyota Hilux melawan arus sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Masjid Lama,” katanya dalam kenyataan semalam.

Aswandy berkata, seorang pemuda 21 tahun parah di tangan kiri selepas dipercayai dilibas menggunakan parang oleh suspek ketika cuba menghalangnya di lokasi berhampiran.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapat rawatan lanjut.

“Suspek kemudiannya menyerah diri di Balai Polis Sarikei dan polis turut merampas Toyota Hilux serta sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit.”

Jelasnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif ketamin dan benzodiazepin, manakala semakan mendapati lelaki itu tiada rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.