CNN TürkKPSS ORTAÖĞRETİM LİSE SINAV SONUÇLARI SORGULAMA EKRANI: 2026 KPSS Ortaöğretim sonuçları açıklandı mı?PunchFG hails Adamu’s confirmation as CAF secretary-general한겨레고단한 삶 품어주던 자리, 그 온기만큼은 오래 남으리InquirerManila North Cemetery logs over 1.3 million visitors on All Saints’ DayZDF heuteEntdecken Sie das ZDF-NachrichtenstudioSouth China Morning PostHas Hong Kong’s IPO boom hit a wall – or is a year-end rush still to come?The Hollywood ReporterBook to Scream: How Universal Orlando’s Halloween Event Embraced Horror’s Literary Roots for 35 YearsCumhuriyetYüksek Yerilim Hattı - 2 Kasım 2026The Sydney Morning HeraldBar GabiSportstarIndia A vs New Zealand A LIVE Score, 2nd unofficial Test Day 3: NZ A crosses 300-run mark; Siraj picks up four wickets매일경제전력부족 공포 ‘체르노빌 트라우마’ 넘어섰다…원전건설 40년만 최다Lenta.ruРоссиянам назвали условия для получения сразу двух пенсий
The Daily Newsstand · Free, Always
Monday, November 2, 2026

Calon PH Kelebang mahu selesai masalah nelayan, pesawah

Translate

Masalah kemudahan jeti nelayan, sistem perparitan dan saliran antara isu tempatan yang mahu diberi perhatian calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Kelebang, Farzana Hayani Nasir, jika diberi mandat pada PRN Melaka 14 Nov ini.

Farzana, 26, berkata beliau telah menemui nelayan di Jeti Kampung Pinang bagi mendengar sendiri masalah mereka, termasuk keadaan jeti yang tidak diselenggara dengan baik.

“Saya sangat dekat dengan nelayan dan pesawah. Baru-baru ini, kita bertemu nelayan di Jeti Kampung Pinang dan mendengar sendiri keluh kesah mereka.

“Antaranya sistem perparitan dan saliran yang tidak baik, jeti tidak diselenggara serta masalah rumah balai,” katanya dalam temu bual bersama FMT di Bilik Gerakan Utama PH Melaka.

Farzana berkata, isu itu turut dibawa kepada Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kamil Munim serta agensi berkaitan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) minggu lalu.

Menurutnya, permohonan berkaitan sudah diluluskan untuk dibawa kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan jeti.

“Kita minta tangga rosak dibaiki dan masalah pencahayaan tidak mencukupi diselesaikan. JPS juga sudah melihat sendiri keadaan di situ dan kerja pembaikan akan dijalankan minggu ini,” katanya.

Farzana, yang juga exco Pemuda PKR dan naib ketua Pemuda PKR Melaka, berkata peluang pekerjaan golongan muda turut menjadi antara tumpuannya sekiranya dipilih.

Katanya, ramai anak muda Melaka terpaksa bekerja di negeri lain untuk memperoleh pendapatan lebih baik bagi membantu menyara keluarga.

Beliau mahu lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di kawasan itu supaya golongan muda tidak perlu berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki.

Beliau mengakui berdepan cabaran apabila menentang penyandang kerusi itu, calon Barisan Nasional (BN) Lim Ban Hong, dalam pertandingan empat penjuru, namun berkata hubungannya dengan kawasan itu menjadi antara sebab beliau memilih bertanding di Kelebang.

Pada PRN Melaka, Farzana berdepan Lim, Mohamd Ali Mohamad daripada Bersatu dan Young Jie Yu daripada Bersama.

Lim menang di Kelebang dengan majoriti 876 undi pada PRN 2021.

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

View the original on Free Malaysia Today →

KioskNews shows a cleaned-up reading view extracted from the publisher’s page — the original always lives on their site, not ours.